Mencari Keredhaan Allah

"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)." Q.S. Al Hijr:45)

Martabat dan Kedudukan Solat

Solat adalah suatu ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang disertai dengan niat dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, Allah S.W.T disembah dengan khusyuk dan tawaduk.

a. Solat merupakan tiang agama

Kepala segala solat ialah Islam (menyerahkan diri kepada Allah), tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah jihad fisabillah.

(Hadis riwayat Ahmad dan Turmuzil)

b. Ibadat pertama yang diwajibkan

Difardukan solat atas Nabi s.a.w pada malam beliau diisra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan disisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan solat yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu.

(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At Turmuzi)

c. Solat merupakan ibadat pertama dihisab pada hari kiamat

Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba dihari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain.

(Hadis riwayat Thabrani)

d. Solat merupakan wasiat Rasulullah s.a.w yang terakhir yang ditujukan kepada seluruh umatnya ketika beliau berpisah dengan dunia ini

Jagalah solat, solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu.

(Hadis riwayat Ahmad)

e. Solat merupakan garis pemisah antara islam dan kafir

Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang.

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmuzi dan Ibnu Majah)

f. Sembahyang juga menjadi ukuran bagi berkembang atau tidaknya ajaran Islam di muka bumi

Sungguh akan runtuhlah tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali yang berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang.

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan dihari kiamat. Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama dengan Qarun, Fir'aun, Haiman dan Ubai bin Khalaf dihari kiamat.

(Hadis riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibnu Hibban)

g. Solat adalah syiar Islam yang utama dan merupakan tali penghubung antara hamba dengan Tuhannya

Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan Allah), sebab itu perbanyaklah doa dalam sujud.

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasaei)

Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat

Firman Allah S.W.T:

"Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Kiamat)."

(Al Hasyr:18)

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhi daripada Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.

Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati.

Sabda Rasulullah SAW:

"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun."

Demikian dalam tafsir Abul-Laits, bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan larangan-larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan syahwat. Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu beerti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah orang yang mampu menahan nafsunya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."

Daripada Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya, "Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh."

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika air bergenang."

Sumber: Penenang Jiwa

Zuhud? Panjang Angan2?

Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau; panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan Akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.” Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal; orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya dan orang yang kikir harta benda, dengan kefakiran yang tidak akan kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya serta kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya.”

Telah berkata Ali bin Abi Thalib ra kepada Umar ra, "Jika engkau hendak menemui teman-temanmu tampallah bajumu, jahitlah kasutmu dan pendekkan angan-anganmu serta makanlah ketika lapar."

Adam as berwasiat kepada anaknya Syits dan diperintahkannya agar wasiat itu disampaikan kepada anak-anaknya sesudah itu. Wasiat itu ada lima hal.
Pertama Adam berkata:

Katakan kepada putera-puteramu, janganlah kalian terpaut kepada dunia. Sesungguhnya aku di Syurga terpaut dengan yang tidak seberapa, kemudian Allah mengeluarkanku darinya.

Kedua, katakan kepada mereka, janganlah kalian turuti kehendak isterimu, sesungguhnya aku telah menuruti kehendak isteriku dan aku makan syajarah, namum akhirnya aku menemui penyesalan.

Ketiga, katakan kepada mereka, jika hendak berbuat fikirlah apa akibatnya. Kalaulah aku fikirkan akibatnya tentulah aku tidak menerima nasib ini.

Keempat, jika hatimu terpaut pada sesuatu tinggalkan saja ia. Sesungguhnya ketika aku makan syajarah, hatiku amat terpaut padanya, namun aku tidak kembali sehingga akan ditimpa penyesalan.

Kelima, bermesyuaratlah dalam segala urusan. Jika aku bermesyuarat dengan para Malaikat, tentulah nasib seperti ini tidak akan menimpaku."

Al-Mujahid berkata, "Abdullah bin Umar berkata kepadaku: Di waktu pagi jangan kau bicara pada dirimu tentang waktu petang hari dan jika waktu petang jangan pula bicara pada dirimu tentang waktu pagi. Gunakan hidupmu sebelum matimu! Serta sihatmu sebelum sakitmu. Engkau tidak tahu apa yang menimpa esok!"

Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, "Adakah setiap kamu ingin masuk syurga?" Mereka menjawab, "Ya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pendekkan angan-anganmu dan malulah kepada Allah SWT dengan sesungguhnya." Mereka berkata, Kami telah malu kepada Allah." Rasulullah bersabda:

"Demikian itu bukanlah malu. Akan tetapi malu kepada Allah adalah hendaknya engkau mengingati kubur dan seksanya, menjaga perut dan isinya serta kepala dan isinya pula. Siapa ingin kemuliaan Akhirat, ia tinggalkan perhiasan dunia. Di sanalah malu seorang hamba kepada Allah yang sesungguhnya dan dengan itu ia akan mendapat wilayah (kekuasaan) Allah."

Juga baginda bersabda:

"Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang."


Sumber: Penenang Jiwa Iman Al-Ghazali